ISKANDAR PUTERI: Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain enggan terlalu mendabik dada dengan kemenangan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super 2021 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, sebaliknya menegaskan mereka hanya bernasib baik kerana ketiadaan dua tonggak penting dalam pasukan lawan.
Beliau berkata berdepan dengan skuad Harimau Selatan bukan mudah kerana mereka mempunyai prestasi cemerlang di gelanggang sendiri.
"Pada awalnya kita bimbang kerana David Da Silva belum sembuh daripada kecederaan dan cergas 100 peratus, namun ketiadaan pemain pertahanan JDT, Mauricio Nascimento dan S. Kunanlan memberi sedikit kelebihan kepada TFC dalam merencanakan gerakan serangan.
"Saya faham bukan senang untuk menang pada perlawanan ini tetapi syukur kita telah mendapat tiga mata penuh untuk mengekalkan kedudukan di tempat kedua liga," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan itu di sini, malam tadi.
Dalam perlawanan berkenaan, pemain tengah berusia 21 tahun Mohamad Hakimi Abdullah muncul sebagai wira skuad Penyu menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57 bagi memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata untuk kekal menghuni tangga kedua.
BACA: Terengganu kejutkan JDT, calar rekod tanpa kalah
Sementara itu, ketua jurulatih JDT Benjamin Mora mengakui terkilan dengan keputusan itu memandangkan anak buahnya menerima terlalu banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol sepanjang 90 minit perlawanan dan enam minit masa tambahan.
Bagaimanapun, beliau yang memiliki pengalaman luas melatih beberapa kelab di Mexico tetap memuji pencapaian JDT yang belum pernah tewas dalam sembilan perlawanan sebelum ini dengan menyifatkan ia pencapaian luar biasa dan mustahil untuk dicapai mana-mana pasukan lain.
"Kita tidak pernah kalah selama hampir dua tahun, sedih dan saya minta maaf bukan sahaja kepada pihak pegurusan tetapi juga peminat.
"Tetapi ini adalah bola sepak... sentiasa ada kemungkinan sama ada menang, kalah atau seri. Ya, kita tidak gembira dengan keputusan itu tetapi jangan risau kita akan dapatkan semula momentum kemenangan itu," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir TFC mencatatkan kemenangan ke atas JDT adalah ketika kempen Piala Malaysia pada Oktober 2018, manakala pertemuan selepas itu menyaksikan keputusan terikat sebanyak tiga kali dan JDT menang sebanyak tiga kali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Mohamad Hakimi muncul sebagai wira skuad Penyu menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57 bagi memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata untuk kekal menghuni tangga kedua. - Facebook Terengganu Football Club
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.