awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Zii Jia dalam senarai akhir pemain paling berbakat BWF

Bernama
Bernama
06/12/2017
20:57 MYT
Lee Zii Jia dalam senarai akhir pemain paling berbakat BWF
Zii Jia meraih gelaran sulung dalam kejohanan peringkat senior pada Siri Antarabangsa Poland, September lepas. - bwfbadminton.com
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia adalah antara pemain dicalonkan bagi anugerah Pemain Paling Berbakat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan disampaikan pada Majlis Makan Malam Gala di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Isnin depan.
BWF dalam kenyataan pada Rabu berkata, selain pemain nombor dua Malaysia itu, empat lagi pemain dicalonkan bagi anugerah itu ialah dua pemain perseorangan wanita, Chen Yufei dari China dan Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia); pemain beregu wanita Apriyani Rahayu (Indonesia) dan pemain lelaki dan beregu campuran India, Satwiksairaj Rankireddy.
Pemain negara berusia 19 tahun itu mara ke pusingan kedua Cabaran Antarabangsa Malaysia Celcom Axiata di Pasir Gudang, Johor bulan lepas, selepas menewaskan pemain Jepun, Yusuke Onodera 21-18, 21-11.
Pemain kelahiran Kedah itu juga beraksi cemerlang mara ke separuh akhir pada tiga kejohanan Emas Grand Prix iaitu Princess Sirivannavari Thailand Masters, Terbuka Taiwan dan Terbuka Bitburger.
Zii Jia meraih gelaran sulung dalam kejohanan peringkat senior pada Siri Antarabangsa Poland, September lepas.
Berikutan prestasinya yang membanggakan, Zii Jia melonjak ke kedudukan ke-44 dalam ranking dunia.
Sementara itu, pemain perseorangan nombor satu dunia, masing-masing Viktor Axelsen dari Denmark dan Tai Tzu Ying (Taiwan) adalah antara pemain berada dalam senarai akhir bagi anugerah Pemain Terbaik Lelaki dan Pemain Terbaik Wanita.
Anugerah berprestij itu akan diumumkan sempena kejohanan penamat musim ini, Pusingan Akhir Siri Super Dunia di Dubai, bagi mengiktiraf pemain terbaik dalam empat kategori - Pemain Terbaik Lelaki, Pemain Terbaik Wanita, Pemain Paling Berbakat (Anugerah Eddy Choong) dan Pemain Paling Meningkat.
Calon Anugerah BWF
Pemain Terbaik Lelaki - Zheng Siwei (China), Viktor Axelsen (Denmark), K. Srikanth (India), Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia)
Pemain Terbaik Wanita - Chen Qinchen (China), Huang Yaqiong (China), Tai Tzu Ying (Taiwan), Pusarla V. Sindhu (India), Akane Yamaguchi (Jepun) , Lee So Hee (Korea Selatan)
Pemain Paling Berbakat (Anugerah Eddy Choong) - Chen Yufei (China), Satwiksairaj Rankireddy (India), Apriyani Rahayu (Indonesia), Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia), Lee Zii Jia (Malaysia)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anugerah
#badminton
#Cabaran Antarabangsa Malaysia Celcom Axiata
#Dubai
#Emiriah Arab Bersatu
#Lee Zii Jia
#Pemain Paling Berbakat
#persekutuan badminton dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan