awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda tinju, Muhammad Ali masuk gelanggang Twitter

Agensi
Agensi
26/02/2014
04:20 MYT
Legenda tinju, Muhammad Ali masuk gelanggang Twitter
Legenda tinju dunia, Muhammad Ali mengirimkan mesej pertamanya di Twitter pada Selasa, genap 50 tahun selepas beliau menewaskan Sonny Liston di Miami Beach untuk memenangi kejuaraan heavyweightnya yang pertama.
"Saya mengejutkan dunia dengan Liston, dan sekarang 50 tahun kemudian saya membawanya ke Twitter," tulis Ali dengan tanda pagar #AliTweet menunjukkan mesej itu ditulisnya sendiri dengan pautan kepada sekeping gambar menunjukkan dirinya mengacungkan tangan beberapa saat selepas kemenangan bersejarah itu.
I shook up the world against Liston, now 50 years later I'm taking it to Twitter #AliTweet pic.twitter.com/3eCm72USis
— Muhammad Ali (@MuhammadAli) February 25, 2014
Ali yang ketika itu masih memakai nama Cassius Clay, mengalahkan Liston dalam pusingan ketujuh untuk merebut gelaran juara heavyweight. Umurnya ketika itu 22 tahun. Kemenangan itu juga menandakan langkah pertama kerjayanya sebagai peninju yang menyaksikan beliau muncul sebagai ikon sukan dunia.
Laman web rasmi Ali akan memuat naik kata-kata hikmat jaguh tinju itu sepanjang kerjayanya termasuk kata-katanya yang terkenal "terapung-apung seperti rama-rama; menyegat seperti lebah."
Muhammad Ali Center, muzium legenda tinju itu yang dibuka di bandar kelahirannya di Louisville, Kentucky, juga mengirimkan mesej di Twitter dengan pautan video YouTube yang menunjukkan sedutan pertarungan dengan Liston itu.
Today marks 50 yrs since Ali became hvywt champ! HE SHOOK UP THE WORLD! Original footage: http://t.co/twrYlZ6Ixo #AliMustBeTheGreatest
— Muhammad Ali Center (@AliCenter) February 25, 2014
Ia juga mengulang tuit "hari ini dalam sejarah" ini.
50 Years ago Today: Muhammad Ali "shocked the World" after a TKO v Sonny Liston to win the heavyweight boxing title! pic.twitter.com/FYAsbFBexj
— Historical Pics (@HistoricalPics) February 25, 2014
Sehari selepas mengalahkan Liston, Clay menukar namanya dan bermulalah legenda Ali. Legenda itu termasuklah keengganannya untuk disenaraikan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikerah ke Vietnam, dicabut gelarannya dan diharamkan daripada bertinju selama tiga tahun setengah sehinggalah Mahkamah Agung memutuskan kes mengenainya.
Sepanjang kariernya Ali menang 56 pertarungan dan kalah lima dengan 37 daripadanya melibatkan knockout. Beliau menang gelaran heavyweight tiga kali — yang paling diingati ialah Rumble in the Jungle di Zaire pada 1974 lapan pusingan menumbangkan George. Pada 1978, beliau melepaskan gelaran itu kepada Leon Spinks melalui kiraan mata tetapi merebut semula gelaran itu dengan keputusan sebulat suara selepas 15 pusingan, tujuh bulan kemudian.
Ali bersara selepas itu sebelum membuat kemunculan semula dan kalah dalam dua pertarungan. Beliau kemudian bersara pada 1981.
Pada 1984, Ali mengumumkan beliau mengidap sakit Parkinson yang merencatkan pergerakannya yang lincah tetapi tidak memadamkan statusnya dalam sukan atau kerja-kerja kemanusiaan. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Muhammad Ali
#tinju
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan