Seorang peminat pasukan Brazil mati mengejut selepas menonton aksi penentuan sepakan penalti ketika perlawanan negara itu menentang Chile pada pusingan kalah mati Piala Dunia awal pagi tadi.

Lelaki berusia 69 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas diserang sakit jantung.

Dia sebelum itu mengadu sakit dada ketika sedang menonton perlawanan itu di sebuah bar.

Dia yang sempat dikejarkan ke hospital bagaimanapun tidak dapat diselamatkan lapor portal G! Milik akhbar Estado de Minas.

Menurut laporan akhbar tempatan, pihak hospital terpaksa merawat lebih 100 pesakit ketika perlawanan itu berlangsung termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang mengalami masalah jantung ketika sesi penentuan sepakan penalti.

Seorang lagi lelaki retak batang hidung selepas terbabit dalam satu pergaduhan yang ada kaitan dengan perlawanan Brazil-Chile.