SEPANG: Status ranking dan rekod pertemuan tidak menjadi kerisauan skuad Harimau Malaya, tetapi pulang dengan tiga mata menjadi matlamat utama apabila turun menentang Taiwan pada Selasa ini.
Di atas kertas, Malaysia dengan kedudukan ranking ke-137 dunia dan momentum prestasi baik sejak kebelakangan ini sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan ke atas pasukan di ranking ke-152, Taiwan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei.
Namun, rekod perlawanan Malaysia di gelanggang lawan tidak begitu meyakinkan terutamanya selepas tewas dua aksi terakhir menentang Taiwan di Taipei.
Bagi bek kiri La'Vere Corbin-Ong, 32, skuad kendalian Kim Pan Gon harus meneruskan prestasi baik dan momentum kemenangan selepas kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan (97) pada aksi sulung Kumpulan D kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lepas.
"Saya rasa pasukan tahu apa-apa yang kurang daripada tiga mata, kami akan berasa kecewa lebih-lebih lagi menyedari kualiti dalam pasukan kami, kami percaya ia boleh dicapai.
"Bukannya kita mahu pandang rendah terhadap Taiwan tetapi kita pasukan yang lebih baik dan seharusnya bawa pulang tiga mata. Kami perlu meneruskan prestasi baik daripada perlawanan sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas ke Taipei.
Sementara itu, penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata mereka tidak boleh mengambil mudah cabaran mana-mana pasukan, tidak kira ranking tinggi atau rendah.
Mengulas mengenai kritikan daripada penyokong selepas dibolosi tiga kali pada aksi Khamis lepas, pemain berusia 27 tahun itu berkata sebagai pemain, beliau harus bersedia untuk kritikan.
"Sebagai pemain bola sepak, tak boleh lari daripada kritikan. Kita buat kerja kita dan terus berusaha meningkatkan prestasi, betulkan apa yang kurang, ubah apa yang perlu.
"Seorang penjaga gol memang tak nak dibolosi, tetapi dalam sesetengah situasi kita tidak dapat elakkannya. Kalau terlalu fokus (fikirkan perkara itu) pun tak boleh, saya akan terus berikan 100 peratus di atas padang," katanya.
Dalam tiga aksi terakhir menentang Taiwan sebelum ini, skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 di Bukit Jalil pada aksi kelayakan Piala Dunia pada 2011, namun tewas 2-3 pada aksi timbal balik di Taipei dalam kempen kelayakan sama dan 0-2 pada aksi persahabatan pada 2018, juga di gelanggang lawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Corbin Ong ditemubual di KLIA sebelum berlepas ke Taipei pagi ini, bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan pada Selasa ini. - Foto Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.