Lexi Thompson dari Amerika Syarikat menjuarai kejohanan golf LPGA Sime Darby 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLCC) di sini Ahad.
Pemain nombor 21 dunia ini mengambil alih selaku pendahulu daripada pemain Korea Selatan Ilhee Lee di pusingan ketiga semalam apabila membuat bogey di lubang kedua dan 17 tetapi kembali cemerlang untuk membuat tiga birdie dan par 71 di lubang lain untuk mengumpul mata lima pusingan 19 bawah par 265 untuk menjuarai buat kali kedua dalam kariernya.
"Sudah pasti ia merupakan detik kegembiraan. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini. Ia seperti ulangan di Navistar (LPGA Klasik Navistar), mempunyai perasaan itu ketika berjalan ke lubang ke-18, memeluk peminat dan mengetahui anda akan memperoleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas menerima trofi kejohanan daripada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Beliau pertama kali menjuarai kejohanan besar di Klasik Navistar di negaranya pada 2011.
Di atas kejayaannya kali ini, pemain berusia 18 tahun ini menerima US$300,000 (RM954,000).
Lexi berkata kejayaan kali ini agar sukar kerana terpaksa bersaing dengan pemain profesional lain yang turut mahu meraih kejuaraan yang keseluruhan menawarkan hadiah wang tunai bernilai US$2 juta (RM6.354 juta).
"Ramai pemain utama dunia di sini, jadi ia bukan mudah. Pada setiap kejohanan, anda perlu mencatat mata rendah dengan membuat pukulan terbaik dan ini yang saya lakukan.
"Ia merupakan satu penghormatan besar dan keistimewaan dapat berada di sini serta mencipta kemenangan yang berbaloi," katanya.
Ketinggalan empat pukulan ialah Shanshan Feng dari China di tempat kedua dengan membuat empat birdie dan tanpa bogey di 14 lubang lain untuk mancatat 4 bawah par 67 dengan mata keseluruhan 15 bawah par 269.
Pemain nombor lapan dunia ini menerima US$186,577 (RM593,314).
Pemain nombor dua dunia, Suzann Pettersen dari Norway turut mempamer prestasi menggalakkan di pusingan akhir untuk berkongsi tempat ketiga dengan Lee selepas membuat 12 bawah 272 untuk membawa pulang US$120,026 (RM381,682).
Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Inbee Park dari Korea Selatan berada di kedudukan ke-32 bersama tiga pemain lain -- Katherine Hull-Kirk dari Australia, Mamiko Higa dari Jepun dan rakannya Eun-Hee Ji.
Bernama
Sun Oct 13 2013
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Lexi Thompson dari Amerika Syarikat ungguli LPGA Sime Darby 2013
Lexi Thompson dari Amerika Syarikat menjuarai kejohanan golf LPGA Sime Darby 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLCC) di sini Ahad.