awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS

Bernama
Bernama
19/06/2024
03:10 MYT
Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS
Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 selain jaket hijau kejuaraan dan trofi. - Foto Bowling Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis pada Selasa.
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.
Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane merupakan wakil Asia kedua yang memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.
Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini ialah menerusi Datuk Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.
Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima AS$30,000 (kira-kira RM141, 500).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boling
#Terbuka AS
#Sin Li Jane
#Diana Zavjalova
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan