KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 pada Ahad (awal pagi ini di Malaysia).
Liek Hou menjuarai perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17 dalam pentas akhir di Sao Paulo, Brazil menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfpara.tournamentsoftware.com.
Beraksi dalam arena kompetitif buat kali pertama sejak muncul juara Paralimpik September lepas, pemain berusia 34 tahun itu sekali gus melakar kemenangan kali keenam berturut-turut ke atas Loquette bagi acara perseorangan lelaki menerusi beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.
"Biarpun meraih kemenangan di kejohanan ini saya belum berpuas hati dengan prestasi dipamerkan berikutan hampir tujuh bulan tidak beraksi. Keadaan angin di sini juga agak kuat dan menyukarkan untuk melakukan aksi terbaik.
"Persembahan saya juga tidak berapa konsisten sepanjang mengharungi perlawanan di sini namun saya tekad untuk memperbaiki kekurangan itu nanti apabila pulang ke Kuala Lumpur," katanya menerusi pautan video dikongsikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Liek Hou menjuarai perseorangan lelaki kategori SU5 selepas mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17. - Foto fail/BERNAMA

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Badminton Terbuka Malaysia: Yamaguchi tewas pada aksi pusingan pertama
Terbuka Malaysia 2022 bermula dengan kekecewaan terbesar kejohanan badminton itu apabila pemain wanita nombor satu dunia Akane Yamaguchi disingkirkan oleh pemain Indonesia Gregoria Mariska Tunjung.

Badminton: Kean Yew tidak tertekan dengan hasrat Zii Jia rampas kejuaraan dunia
Penyandang juara dunia perseorangan lelaki Loh Kean Yew sedar ramai pesaingnya termasuk Lee Zii Jia menyasarkan untuk menumpaskannya.

Zii Jia ulangi tidak akan sertai Sukan Komanwel
Keputusan Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel telahpun mendapat komen positif dan negatif beberapa pihak.

Sukan Komanwel: BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Susulan tindakan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro
Jurulatih Kem Badminton Astro berharap dapat membutirkan bintang untuk negara pada masa depan.

Bermain di Sukan Komanwel sentiasa menjadi keutamaan saya - Chong Wei
Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar
BAM tiada pilihan selain menurunkan pemain ranking ke-48 dunia itu untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki .

Usaha dua kali ganda jika mahu atasi Axelsen - Chong Wei
Chong Wei mengakui jaguh dari Denmark itu lebih konsisten selain memiliki hantaran serta pukulan berkualiti tinggi berbanding pemain lain.

Aaron-Wooi Yik sasar gelaran antarabangsa pertama di Badminton Terbuka Malaysia
Pasangan ranking keenam dunia itu yang menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Filipina, kini rancak mengatur strategi terbaik.

BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy
Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti.