PERLAWANAN Liga Europa, Malmo menentang Union Berlin di Stadium Eleda terganggu selama 20 minit pada separuh masa kedua selepas segelintir penyokong bertindak membaling mercun ke padang.

Media tempatan melaporkan bahawa segelintir penyokong Union Berlin membaling bunga api ke padang sejurus selepas separuh masa kedua bermula menyaksikan penyokong Malmo turut bertindak balas dengan membaling suar.

Permainan diteruskan menyaksikan kemenangan 1-0 kelab Bundesliga Union Berlin, biarpun terpaksa beraksi 10 pemain apabila András Schafer dilayangkan kad merah pada minit ke-45', selepas Sheraldo Becker menjaringkan gol pada minit ke-68.

Keputusan itu menyaksikan Malmo kekal di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa mata selepas tiga perlawanan, manakala Union di tempat ketiga dengan tiga mata.

Seorang petugas mengutip suar yang dibaling penyokong Malmo. - Foto REUTERS

Keputusan Liga Europa:

Zurich 1 - 5 PSV Eindhoven

Arsenal 3 - 0 Bodo/Glimt

- Sinar Harian