awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Kejuaraan: Leicester tandatangani Harry Winks daripada Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
02/07/2023
02:00 MYT
Liga Kejuaraan: Leicester tandatangani Harry Winks daripada Tottenham
Leicester City menandatangani graduan Akademi Tottenham, Harry Winks, dengan perpindahan bernilai £10 juta (RM59.31 juta).
LEICESTER CITY menandatangani graduan Akademi Tottenham, Harry Winks, dengan perpindahan bernilai £10 juta (RM59.31 juta).
Winks, yang menjadi pemain pertama dibeli dalam era pengurus baharu The Foxes, Enzo Maresca, hadir melalui program pembangunan Spurs dan melakukan penampilan pertamanya bersama pasukan itu pada 2014 sebelum mengumpulkan 203 penampilan bersama kelab zaman kanak-kanaknya itu.
Dalam beberapa musim lalu, dia bergelut untuk menyertai pasukan utama dan Winks kini memilih pasukan yang baru tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester, sebagai destinasinya dalam usaha membantu pasukan itu kembali menakluki Liga Kejuaraan.
Pemain kebangsaan England itu mula menyertai Akademi Tottenham sewaktu berusia lima tahun dan menjadi pemain utama sepanjang era Mauricio Pochettino.
Winks juga mewakili negaranya sebanyak 10 kali dan membantu Spurs layak ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 tetapi mula bergelut untuk mendapatkan kepercayaan tiga pengurus selepas itu, iaitu Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo dan Antonio Conte.
Pemain tengah itu kemudian hanya dapat melakukan 19 penampilan EPL dalam musim 2021-22 sebelum dipinjamkan ke Sampdoria musim panas lalu.
Biarpun memulakan waktunya di Itali dengan kecederaan buku lali, Winks kemudian menjadi pemain penting Sampdoria dan mencuri tumpuan bersama pasukan itu untuk kini menandatangani kontrak tiga tahun dengan Leicester. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Leicester City
#harry winks
#Akademi Tottenham
#Enzo Maresca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan