Sukan pelayaran Malaysia kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penganjuran 'UMT Terengganu e-Sailing League 2020' yang akan berlangsung mulai Jun hingga Disember ini di platform rasmi pelayaran secara maya, 'Virtual Regatta'.
Pengarah Pusat Latihan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mohd Hafizi Said berkata liga pelayaran secara maya pertama di Malaysia itu mempunyai enam siri dan akan disertai 170 peserta termasuk dari Indonesia dan Brunei.
Katanya, kebanyakan peserta terdiri daripada atlet kebangsaan yang akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan termasuk Khairulnizam Mohd Affendy, para peserta Sukan Malaysia (Sukma) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam jurusan pelayaran.
"Sejak 2017 kita (UMT) anjurkan kejohanan regatta (perlumbaan bot) iaitu Terengganu Monsoon Challenge tetapi tahun ini berikutan penularan COVID-19 dan normal baharu, kita cuba platform lain iaitu secara dalam talian.
"Ia merupakan peluang terbaik buat para atlet untuk terus berlatih kerana dalam alam maya juga mereka dapat merasai pengalaman seolah-olah pelayaran sebenar seperti terdapat kelajuan dan arah angin yang disimulasikan dalam permainan.
"Atlet-atlet juga rindu untuk menyertai pertandingan jadi kejohanan secara maya ini dapat mengembalikan semangat mereka untuk bertanding kerana mereka juga akan bersaing dengan pesaing-pesaing yang sama sebelum ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di UMT, di sini pada Selasa.
Siri pertama kejohanan yang dianjurkan oleh UMT dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Luncur Layar Negeri Terengganu (TWSA) itu akan bermula pada Jumaat hingga Ahad ini (12-14 Jun).
"Peringkat akhir kejohanan pada Disember ini kami bercadang untuk menghimpunkan peserta di satu lokasi bagi membolehkan mereka mempunyai kelebihan yang serupa seperti tahap kelajuan internet yang sama. Ia akan tetap berlangsung secara maya tetapi mereka akan dihimpunkan di satu kawasan yang sama," katanya.
Sementara itu, Mohd Hafizi berharap penganjuran kejohanan secara maya ini akan diterima baik oleh semua pihak memandangkan bidang e-pelayaran masih dianggap baharu di Malaysia.
"Negara luar seperti Jerman dan Switzerland telah aktif dalam pertandingan e-pelayaran sejak beberapa tahun yang lepas, di Malaysia pula sebelum COVID-19 tiada 'pushing factor' untuk melakukan perkara yang sama.
"Jadi saya harap pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada pelbagai pihak termasuk atlet dan persatuan pelayaran untuk terus bergiat aktif dalam bidang e-pelayaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Siri pertama kejohanan liga pelayaran secara maya itu akan bermula pada Jumaat hingga Ahad ini. Facebook Monsoon Cup Malaysia/Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.