awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Perdana: Aksi malam ini lebih penting daripada Piala Malaysia - Mat Zan

Astro Arena
Astro Arena
16/07/2016
09:48 MYT
Liga Perdana: Aksi malam ini lebih penting daripada Piala Malaysia - Mat Zan
Mat Zan juga mengharapkan pemain-pemainnya mengekalkan momentum kemenangan pertengahan minggu ini. - Foto sumber Facebook
JURULATIH Melaka United, Mat Zan Mat Aris, menyifatkan perlawanan pertama pusingan kedua Liga Perdana malam ini sebagai satu perlawanan sangat penting, malah melebihi perlawanan Piala Malaysia.
Melaka akan berkunjung ke Selayang bagi membuat perhitungan dengan The City Boys dalam aksi tunggal Liga Perdana, malam ini.
“Kuala Lumpur sudah pun memberikan amaran kepada kami, jadi kami harus mengambil amaran berkenaan sebagai satu cabaran," katanya.
Mat Zan juga mengharapkan pemain-pemainnya mengekalkan momentum kemenangan pertengahan minggu ini.
Setakat ini, katanya, semua pemainnya berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Melaka United kini berada di tangga teratas Liga Perdana dengan 27 mata, manakala Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berkongsi mata yang sama iaitu, 25, berada di tangga kedua dan ketiga liga.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Mat Zan Mat Aris
#Melaka
#Piala Malaysia
#the city boys
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan