Walaupun sudah berehat selama sebulan lebih namun T-Team dan Sabah tetap mampu meneruskan momentum kemenangan mereka dengan mencatat kemenangan menentang lawan masing-masing.

Pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner memperoleh kemenangan 2-1 menerusi jaringan Ahmad Takiyudeen Roslan dan penyerang import Farhod Tajidev.

Manakala gol Kuala Lumpur hadir menerusi Fairuz Abd Aziz.

Disamping itu, Sabah turut mencatat kemenangan penting menentang pasukan tuan rumah NS Matrix.

Skuad The Rhinos membuka tirai jaringan seawal minit ke 6 menerusi Alto Linus sebeum Joel Chianese meletakan dua gol didepan pada minit ke 37.

3 minit kemudian Abdoulaye Faye melengkapkan jaringan 3 gol di Paroi sekaligus memastikan pasukan kendalian Mike Mulvey membawa pulang tiga mata.

Walaupun NS Matrix berjaya meledak satu gol menerusi Forkey Doe namun ianya tidak cukup untuk menggugat pertahanan Sabah.

Keputusan lain:

DRB Hicom 0-1 JDT II

Kuantan 1-3 PKNS

KL SPA 1-3 Pulau Pinang

UiTM FC 2-2 Kedah