awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Premier: Kelantan United tundukkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1

Bernama
Bernama
13/04/2022
23:10 MYT
Liga Premier: Kelantan United tundukkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1
Kelantan United lebih banyak menguji kubu pertahanan Skuad Projek FAM-MSN. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Kelantan United menafikan hasrat Skuad Projek FAM-MSN meraih kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Premier selepas menundukkan pasukan itu 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.
Seawal wisel perlawanan ditiup, anak didik Hassan Sazali Mohd Waras dan Syamsul Mohd Saad pantas mengatur strategi perlawanan namun kejayaan lebih memihak kepada Skuad Projek FAM-MSN apabila gol pertama perlawanan diperolehi hasil jaringan Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-23.
Kelantan United cuba bangkit mencari gol penyamaan dan peluang terhidang apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Jacob Njoku pada minit ke-44 bagi menjadikan kedudukan seri 1-1.
Bersambung babak kedua, Kelantan United lebih banyak menguji kubu pertahanan Skuad Projek FAM-MSN namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya terhasil.
Asakan bertalu dilancarkan Kelantan United akhirnya membuahkan hasil apabila Jacob sekali lagi muncul wira menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-80 dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Premier
#Kelantan United
#Skuad Projek FAM-MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan