Skip to main content

Sukan

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur

51734588361_TBLigaSuper.jpg
KEDAH Darul Aman (KDA) FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.

Desas-desus mengatakan Kedah bakal menarik diri dan mengucapkan selamat tinggal kepada Liga-M adalah tidak benar sama sekali seperti yang dilaporkan oleh media tempatan meskipun dilanda pelbagai kemelut terutamanya masalah kewangan yang semakin meruncing.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Sang Kenari, mereka tidak menghantar sebarang surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan tidak akan bersaing dalam Liga A1 Semi-Pro. - Stadium Astro





Advertisement

Must Watch Video