awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Melaka United ikat JDT

Bernama
Bernama
02/07/2022
16:28 MYT
Liga Super: Melaka United ikat JDT
Melaka United sebagai pasukan tuan rumah berkongsi satu mata berharga dengan pasukan pelawat. - Gambar/ JOHOR Southern Tigers
MELAKA: Melaka United FC berjaya mengikat pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam ini.
Pada perlawanan yang disaksikan lebih 17,000 penonton itu, pasukan pelawat lebih mendominasi serangan iaitu seawal minit keempat menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez namun sedikit tersasar dari gawang.
Gerakan demi gerakan menyaksikan pasukan Harimau Selatan berjaya membolosi gawang tuan rumah apabila Leandro mudah menolak masuk bola ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol Melaka United Bryan See untuk mendahului perlawanan.
Tidak berputus asa, skuad Sang Kancil mula mencari peluang bagi menyamai kedudukan dan strategi itu berhasil selepas Justin Baas menyempurnakan umpanan Sony Norde pada minit ke-39.
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung kedua permainan anak buah Benjamin Mora dilihat melakukan serangan bertali arus ke arah kubu tuan rumah namun Melaka United terus cemerlang mempertahankan kubu mereka.
Keputusan seri itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk tuan rumah berkongsi satu mata berharga dengan pasukan pelawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#melaka united
#JDT
#seri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan