SUKAN
Liga Super: MFL harap kelab teruskan inisiatif tarik minat penyokong

Saingan minggu pertama menyaksikan tiga venue mencuri tumpuan iaitu ketika JDT menentang Selangor selepas mencatatkan kehadiran lima angka yang berjumlah 32,777 penonton di Stadium Sultan Ibrahim. - Facebook Johor Southern Tigers via StadiumAstro.
KETUA Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Mohd Shazlee Shaik Mohd, beranggapan kehadiran penyokong ke stadium pada minggu pembukaan Liga Super 2025/26 sebagai memberangsangkan.
Dia menjelaskan sambutan hangat penyokong daripada beberapa pasukan membuktikan aura liga tempatan terus mendapat tempat di hati peminat sekali gus mencerminkan perkembangan positif industri bola sepak negara.
"Kami melihat petanda positif kepada Liga Malaysia terutamanya kepada dua pasukan yang meraih tontotan fizikal tidak baik.
"Contohnya aksi di Penang dan Kuching meraih penonton yang banyak, ia sesuatu yang baik dan teruskan membawa penonton ke stadium," katanya.Saingan minggu pertama menyaksikan tiga venue mencuri tumpuan iaitu ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor selepas mencatatkan kehadiran lima angka yang berjumlah 32,777 penonton di Stadium Sultan Ibrahim.
Manakala, pertembungan antara Penang dan Terengganu di Stadium Bandaraya menarik kehadiran hampir lima ribu penyokong walaupun dalam keadaan cuaca hujan.
Perlawanan antara Kuching City bertemu Kelantan The Real Warriors pula mencatatkan kehadiran lebih daripada 4 ribu orang di Stadium Negeri, Kuching, apabla jumlah yang lebih banyak berbanding kebiasaan.
"Sangat positif, meskipun hujan penonton kekal dengan baju hujan untuk berikan sokongan. Mungkin aksi itu berskala besar Ketika Penang berdepan Terengganu.
"Begitu juga di Kuching, tarikan yang dilakukan pasukan menarik penonton untuk hadir ke stadium memberikan sokongan." tambahnya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami