awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Penyokong mengganas ketika perlawanan Perak-JDT

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2014
04:45 MYT
Liga Super: Penyokong mengganas ketika  perlawanan Perak-JDT
Pasukan FRU sedang berkawal di luar Stadium Ipoh - Foto Bernama
Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi dicemari keganasan hingga memaksa unit simpanan persekutuan (FRU) menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk meleraikan penyokong.
FRU terpaksa mengambil tindakan drastik itu lantaran daripada provokatif melampau serta tindakan ganas yang dilakukan oleh para penyokong Perak.
Keganasan melampau itu menyebabkan dua petugas media tempatan serta beberapa anggota polis turut cedera akibat terkena objek keras dan mercun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan lapan orang penyokong telah ditangkap polis lanjutan daripada keganasan yang berlaku.
Sebelum itu, penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.
Pihak polis juga terpaksa mengiring empat buah bas bas yang membawa pemain, pegawai serta penyokong JDT sepanjang jalan keluar dari bandaraya Ipoh.
Topic Berkaitan
#JDT
#Perak Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan