ALOR SETAR: Penolong ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag berpuas hati dengan corak permainan serta prestasi pemainnya yang memperoleh tiga mata berharga dalam perlawanan Liga Super menentang Perak FC, malam tadi.
Menurut Victor walaupun bermain tanpa kehadiran ketua jurulatih Mohd Nafuzi Mohd Zain akibat penggantungan, namun semua pemain berjaya merealisasikan perancangan yang disusun dengan cemerlang.
"Sudah semestinya saya berpuas hati sebab dari awal lagi kita dapat merencanakan apa yang kita rancangkan, cuma kita berdepan ketandusan gol pada awal permainan tetapi akhirnya kita dapat jaringkan gol.
"Ketiadaan Mohd Nafuzi untuk tiga perlawanan dan Manuel Ott untuk dua perlawanan semestinya sedikit sebanyak mengganggu momentum akan datang, tetapi saya yakin pemain yang diberi tanggungjawab dapat buat yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang berkesudahan KDA FC menumpaskan Perak FC 3-0 di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Victor berkata semua pemain termasuk pemain import dan pemain muda skuad Sang Kenari menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka dan berharap momentum itu dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya.
Sementara itu, ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berharap penyokong dapat 'bertahan' dan bersabar sementara menunggu perubahan dalam pasukan semasa jendela perpindahan pada Julai nanti.
"Pihak pengurusan yang menentukan dan kita harapkan sesuatu, bagi saya kami banyak pemain bawah 23 tahun, sudah pasti ada penyerang baru kita perlukan untuk beri kekuatan tambahan selepas ini.
"Apa yang pasti pemain sedia ada perlu bekerja keras, kita masih ada perlawanan lagi, dua perlawanan di tempat sendiri perlu dimanfaatkan," katanya yang turut berharap pemain import ditambah bagi mengimbangi pasukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Pemain Kedah Bojan Ciger berjaya melepasi asakan tiga pemain Perak FC pada Perlawanan Liga Super Kedah Darul Aman FC bertemu Perak FC di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
KDA FC dijangka beri penjelasan minggu depan
Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang melanda kelab itu, minggu depan.
Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong
KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu, namun kelab itu gagal mematuhinya.
AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah
Pendakwaan berkata, arahan yang diterima daripada AGC ialah meneruskan pertuduhan terhadap Rizal Ghazali.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.
30 kelab penyokong desak KDA FC beri penjelasan isu tunggakan gaji, pengganti CEO
Penjelasan segera perlu diberikan memandangkan pemilik serta pihak pengurusan kelab seolah-olah tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapi Liga Malaysia.
Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham
Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dengan kelab dari Brazil, Santos.