awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ligue 1: Galtier tidak ragu komitmen Messi di PSG

Astro Arena
Astro Arena
11/03/2023
11:05 MYT
Ligue 1: Galtier tidak ragu komitmen Messi di PSG
Messi sehingga kini masih belum bersetuju untuk menandatangani kesepakatan baru bersama PSG menjelang penamat kontraknya pada Jun depan. - Stadium Astro
CHRISTOPHE Galtier tidak memiliki sebarang keraguan mengenai komitmen Lionel Messi bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Ia pada ketika bintang Argentina itu sudah memasuki tempoh empat bulan terakhir dalam kontraknya.
Messi sehingga kini masih belum bersetuju untuk menandatangani kesepakatan baru bersama PSG menjelang penamat kontraknya pada Jun depan sambil bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, juga dalam situasi sama.
Tersingkirnya PSG dalam pusingan 16 UCL di tangan Bayern Munich pada Khamis lalu memberikan gambaran bahawa barisan penyerang bintang mereka, Messi, Neymar dan Kylian Mbappe, akan berpecah bagi membuka laluan untuk pembangunan semula kelab itu.
Messi dan Ramos dikaitkan untuk menyertai Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) tetapi Galtier berasakan ia tidak akan berlaku berdasarakan standard dua pemain itu.
"Tiada keraguan mengenai dua pemain yang hebat ini berdasarkan rekod lampau mereka, yang sentiasa tahu mengenai situasi seperti ini," katanya dalam sidang media menjelang kunjungan ke laman Brest awal pagi esok.
"Mereka pemain di tahap yang amat tinggi, yang cepat beralih dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain.
"Berkenaan situasi kontrak pula, mereka sudah terbiasa dengan situasi saat akhir seperti ini," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Paris Saint-Germain (@psg)
Topic Berkaitan
#PSG
#Lionel Messi
#Christophe Galtier
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan