awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lille rampas gelaran Ligue 1 daripada PSG

Astro Arena
Astro Arena
24/05/2021
02:09 MYT
Lille rampas gelaran Ligue 1 daripada PSG
Jurulatih Lille, Christophe Galtier (tengah) meraikan bersama pemain selepas tamat perlawanan antara Angers dan Lille di Stadium Raymond Kopa, Angers, Perancis, 23 Mei, 2021. (Foto AP)
ANGERS 1 LILLE 2
Lille diangkat sebagai juara Ligue 1 dengan mengetepikan cabaran Paris Saint-Germain (PSG) dengan kelebihan satu mata.
Pasukan kendalian Christophe Galtier itu menang 2-1 di Angers, awal pagi tadi, bagi memastikan mereka menamatkan saingan 2020-21 di puncak di sebalik kemenangan 2-0 juara bertahan itu di Brest.
Ia gelaran keempat liga buat Lille dalam era profesional dan yang pertama sejak 2010-11 yang menyaksikan Eden Hazard diangkat sebagai Pemain Terbaik musim itu.
83 mata yang dikutip Lille merupakan catatan terbaik dalam sejarah mereka apabila hanya tumpas tiga perlawanan sepanjang musim ini, yang terakhir adalah pada bulan Mac menentang Nimes.
Ini adalah gelaran pertama Galtier sebagai Ligue 1 sebagai jurulatih, sementara perlawanan pada hari Ahad dijangka menjadi yang terakhir di kelab sebelum dia mengambil alih Nice.
Kemenangan Lille itu diilhamkan penampilan cemerlang penyerang berusia 35 tahun, Burak Yilmaz, yang meledak 16 gol dalam kempen pertamanya di Perancis.
Dia merupakan pemain pertama yang menjaringkan sekurang-kurangnya 15 gol pada musim sulungnya dalam kancah Ligue 1 bersama Lille sejak Moussa Sow mencetak 25 jaringan dalam kempen gemilang mereka, sedekad lalu.
Ia kali kedua dalam tempoh musim sembilan yang menyaksikan PSG gagal menawan liga selepas Monaco menjulang trofi itu pada 2016-17.
Ten years later, we are back in dreamland: this is as real as it gets Following our victory against @AngersSCO, we are @Ligue1UberEats ! #Champions4You @NewBalanceFR @NBFootball pic.twitter.com/7uQH6ShZnA
— LOSC Lille EN (@LOSC_EN) May 23, 2021
Sehubungan itu, penggempur kelab ibu kota Perancis tersebut, Kylian Mbappe, menggesa pihak atasan mengambil langkah drastik.
Dia merekodkan gol ke-27 liga dalam kemenangan 2-0 ke atas Brest untuk bergelar penyerang terbanyak buat musim ketiga berturut-turut.
"Saya tidak mampu memberitahu apa yang perlu dilakukan, saya hanya pemain tetapi saya fikir bahawa ramai yang telah menyaksikan, pihak yang sepatutnya juga telah melihatnya," kata penyerang Perancis itu.
"Apabila semua orang melihat, lebih mudah untuk membuat kesimpulan."
Topic Berkaitan
#Lille
#Angers
#PSG
#Christophe Galtier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan