awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/05/2023
09:45 MYT
Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC
Teong Kim memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Perak FC pada 17 September tahun lalu.- Fail Bernama
IPOH: Perak FC mengumumkan Ketua Jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super itu, berkuatkuasa serta-merta.
Perak FC dalam kenyataan hari ini berkata, ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Perak, Yusri Che Lah akan mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih Sementara untuk masa terdekat.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.
Teong Kim memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Perak FC pada 17 September tahun lalu.
Pelantikan beliau diumumkan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, bagi menggantikan Yusri Che Lah.
Untuk rekod, Yusri Che Lah mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dimana beliau telah memulakan karier kejurulatihan sejak 2014 bersama pasukan Perlis.
Liga Super musim 2023 menyaksikan The Bos Gaurus hanya meraih dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan selepas 12 perlawanan.
Topic Berkaitan
#Lim Teong Kim
#Perak FC
#ketua jurulatih
#Yusri Che Lah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan