awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL
SUKAN
Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers
MALAYSIA
Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025

Bernama
Bernama
21/12/2024
11:30 MYT
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
ASTAF dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima acara berkenaan ialah regu berpasukan, regu, kuadran, gelung dan chinlone masing-masing untuk lelaki dan wanita. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
ASTAF dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima acara berkenaan ialah regu berpasukan, regu, kuadran, gelung dan chinlone masing-masing untuk lelaki dan wanita.
Kenyataan itu menjelaskan sesebuah negara boleh menyenaraikan sehingga 21 pemain bagi lelaki dan wanita bagi acara sepak takraw serta mininum enam pemain atau maksimum lapan pemain bagi lelaki dan wanita untuk acara chinlone.
Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata kelayakan dan perincian acara tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA di Ibu Pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Thailand pada 25 Okt lepas.
""Kami mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada NOC Thailand pimpinan Jeneral Prawit Wongsuwan.
"Kami juga menghargai persiapan Majlis Persekutuan Sukan SEA Thailand dan Ibu Pejabat Sukan SEA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Chaiyapak Siriwat," katanya.
Abdul Halim berkata Kumpulan A (Kategori Terbuka) merangkumi acara regu berpasukan lelaki dan wanita manakala Kumpulan B memberi kebenaran kepada setiap negara memilih dua daripada tiga acara iaitu antara regu, kuadran dan gelung untuk lelaki dan wanita.
-Kumpulan C (Kategori Terbuka) memperkenalkan acara kuadran campuran dan Kumpulan D (Kategori Terbuka) untuk acara chinlone bagi lelaki dan wanita.
Setiap negara juga mesti menamakan dua pengadil yang diluluskan ASTAF untuk pertandingan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2025
#Thailand
#sepak takraw
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami