awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi bakal tandatangan kontrak dengan PSG

Agensi
Agensi
10/08/2021
14:00 MYT
Lionel Messi bakal tandatangan kontrak dengan PSG
Messi yang telah meledakkan 672 gol dalam 778 penampilan, selain memenangi 31 kejuaraan utama akan kembali beraksi bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona, iaitu Neymar. - Gambar/ Reuters
BINTANG bola sepak, Lionel Messi disahkan bakal menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas menerima surat tawaran perjanjian kontrak bernilai 35 juta euro semusim.
Ia selepas kedua-dua pihak mencapai perjanjian kontrak dua tahun dengan diberi pilihan untuk melanjutkan sehingga Jun 2024.
Menurut sumber, kini Messi sedang dalam penerbangan ke Paris bersama isterinya dengan menaiki jet peribadi untuk menandatangani kontrak tersebut.
...and heres Leo Messi on the plane together with his wife Antonela, rumbo a Paris. Time to have medical and sign as new PSG player. #Messi #PSG Historical day. pic.twitter.com/cOrK1Aej1f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 10, 2021
Selepas 21 tahun bersama kelab Sepanyol, Barcelona, pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu mengakui ia adalah satu keputusan yang sukar untuk meninggalkan kelab kesayangannya itu.
Beliau pernah memberitahu mahu kekal di kelab itu bahkan telah menawarkan pemotongan gaji sehingga 50 peratus bagi persetujuan kontrak baharu, namun Barcelona masih tidak dapat meneruskan kerana kekangan kewangan.
BACA: Messi tahan sebak, ucap selamat tinggal kepada Barcelona
BACA: Spekulasi perpindahan: Messi akan jalani ujian perubatan di PSG hari ini
Spekulasi kemasukan Messi yang bergelar ejen bebas sejak 1 Julai lalu ke PSG bertiup kencang sebelum ini apabila Messi dalam sidang media pada Ahad, tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kariernya di kelab Perancis berkenaan.
Ini bermakna, Messi yang telah meledakkan 672 gol dalam 778 penampilan, selain memenangi 31 kejuaraan utama akan kembali beraksi bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona, iaitu Neymar.
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#Lionel Messi
#Paris
#Paris Saint Germain
#PSG
#Neymar
#kontrak
#perjanjian
#35 juta euro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan