awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liu Ying bentuk gandingan baharu bersama Ong Yew Sin

Bernama
Bernama
31/01/2022
20:37 MYT
Liu Ying bentuk gandingan baharu bersama Ong Yew Sin
Liu Ying sebelum ini berpisah dengan Chan Peng Soon, selepas 13 tahun bergandingan dengan pencapaian tertinggi merangkul pingat perak di temasya Olimpik Rio 2016. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pasangan baharu pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying akhirnya terjawab apabila pemain beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin sah menjadi gandingannya.
Liu Ying membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Tan Boon Heong malam tadi.
"It's Ong Yew Sin lah," kata Liu Ying ketika ditanya Boon Heong siapakah pasangan baharunya dalam video berdurasi selama 19 minit itu.
Liu Ying sebelum ini berpisah dengan Chan Peng Soon, selepas 13 tahun bergandingan dengan pencapaian tertinggi merangkul pingat perak di temasya Olimpik Rio 2016.
Peng Soon pula terlebih dahulu membentuk gandingan bersama Valeree Siow bulan lepas dan telah pun membuat kemunculan pertama di Terbuka India 2022, baru-baru ini.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Peng Soon-Valeree apabila cabaran mereka terkandas di peringkat suku akhir di tangan pilihan kedua kejohanan Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia, 14-21, 13-21.
Walaupun bersama Liu Ying, Yew Sin yang mencuri tumpuan meraih gangsa beregu lelaki bersama Teo Ee Yi pada Kejuaraan Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol, bulan lalu akan terus bergandingan bersama pasangannya itu dalam kategori berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Goh Liu Ying
#Ong Yew Sin
#pemain beregu campuran
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan