awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool harungi persiapan sukar ekoran penculikan keluarga Luis Diaz

Astro Arena
Astro Arena
30/10/2023
02:15 MYT
Liverpool harungi persiapan sukar ekoran penculikan keluarga Luis Diaz
Liverpool mengesahkan penculikan keluarga Luis Diaz pada pagi Ahad sementara presiden Colombia pula berkata ibu Diaz telah 'diselamatkan' tetapi bapanya masih hilang. - Foto Astro ARENA
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, berkata persiapan untuk menang 3-0 di tempat sendiri ke atas Nottingham Forest malam tadi adalah sesi yang paling sukar pernah dihadapinya dalam hidup.
Penyerang The Reds, Luis Diaz, tidak diturunkan dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield itu selepas ibu bapanya diculik di Colombia dan Klopp berkata pemain tersebut telah pulang ke rumah untuk bersama-sama ahli keluarganya.
Liverpool mengesahkan penculikan keluarga Luis Diaz pada pagi semalam sementara presiden Colombia pula berkata ibu Diaz telah 'diselamatkan' tetapi bapanya masih hilang.
Klopp berkata: “Persediaan untuk perlawanan ini adalah yang paling sukar pernah saya alami dalam hidup. Saya tidak menjangkakan hal sebegini, saya tidak bersedia untuk menghadapi berita ini.
“Saya tidak mahu menjadikan perlawanan ini lebih penting daripada sebelumnya tetapi apa yang pasti, kami cuba membantu Luis dengan berjuang di atas padang kerana kami mahu membantunya tapi hakikatnya tidak mampu.
“Jadi satu-satunya langkah yang boleh kami lakukan ialah berjuang untuknya dan itulah yang dilakukan oleh rakan sepasukannya.”
Topic Berkaitan
#EPL
#jurgen klopp
#Liverpool
#Luis Diaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan