awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Liverpool Mart' sudah kaut RM655 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2025
23:35 MYT
'Liverpool Mart' sudah kaut RM655 juta
Liverpool meraih RM350 juta selepas menjual Luis Diaz (dua, kanan) ke Bayern Munich. - Foto Agensi/Sinar Harian
PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool terus mencuri perhatian dalam jendela perpindahan musim panas 2025/2026 apabila bukan sahaja giat membawa masuk pemain baharu, malah turut menjana pendapatan besar menerusi penjualan pemain.
Sehingga 30 Julai, kelab dari Merseyside itu telah meraih lebih €133 juta (sekitar RM665 juta) hasil pemindahan keluar beberapa tonggak utama dan pemain akademi.
Penjualan terbesar melibatkan pemain sayap Colombia, Luis Díaz yang berhijrah ke Bayern Munich dengan nilai €70 juta (RM350 juta), sekali gus menjadi perpindahan keluar termahal kelab setakat ini dan antara yang tertinggi dalam sejarah Liverpool.
Walaupun pada awalnya menolak tawaran Bayern, pengurusan Liverpool akhirnya bersetuju selepas mempertimbangkan nilai tinggi yang ditawarkan serta faktor usia Díaz yang bakal mencecah 29 tahun, selain kontraknya yang hanya berbaki dua musim.
Díaz turut menyatakan hasrat untuk mencuba cabaran baharu.
Meskipun kehilangan salah seorang pemain penting, keputusan melepaskan Díaz dianggap sebagai langkah strategik dari segi kewangan, terutamanya bagi menampung perbelanjaan besar yang dilakukan musim ini.
Liverpool setakat ini telah membelanjakan €308 juta (RM1.54 bilion) untuk memperkukuh skuad, termasuk mendapatkan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt.
The Reds turut merekrut penjaga gol Giorgi Mamardashvili, bek kanan Jeremie Frimpong serta pertahanan muda berbakat, Milos Kerkez yang dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa depan kelab.
Menurut data Transfermarkt, biarpun masih mencatatkan defisit dalam imbangan perpindahan, kedudukan kewangan Liverpool kekal stabil hasil strategi jual beli yang teratur, termasuk melalui perpindahan Jarell Quansah ke Bayer Leverkusen dan Trent Alexander-Arnold ke Real Madrid. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#jendela perpindahan
#Luis Diaz
#perpindahan keluar termahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan