awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lopes-Ferdinand kombinasi penyerang berbisa TRW musim ini

Bernama
Bernama
04/01/2018
20:35 MYT
Lopes-Ferdinand kombinasi penyerang berbisa TRW musim ini
Bibi Ramjani Ilias Khan bersama Ferdinand Sinaga pada Khamis. -- fotoBERNAMA
Dua penyerang berbisa dalam Liga Indonesia musim lepas, Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes akan mengemudi jentera serangan skuad The Red Warriors (TRW) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Kedua-dua pemain tersebut mengikat kontrak semusim dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), sekali gus melengkapkan lima kuota import Kelantan musim ini.
Ferdinand dari Indonesia pernah beraksi dengan PSM Makkasar dan Lopes dari Brazil bersama Persija Jakarta dalam kancah Liga Indonesia musim lepas dengan masing-masing menjaringkan 10 gol dengan kelab mereka.
Sebelum ini, KAFA mengekalkan pemain tengah dari Perancis, Magaro Gomis dan mengikat bekas pemain import UiTM FC dari Korea Selatan, Do Dong Hyun serta pemain pertahanan dari Brazil, Cassio Francisco de Jesus.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Ferdinand dan Lopes dipilih berdasarkan rekod cemerlang mereka bersama kelab masing-masing sebelum ini.
"Kehadiran dua penyerang import ini juga dapat membantu skuad TRW menghadapi Kejohanan Piala Super Boost SportsFix di Kuala Lumpur dari 13 hingga 20 Jan ini," katanya pada sidang media selepas menandatangani kontrak bersama Ferdinand di sini pada Khamis.
Beliau juga mengumumkan semua pemain import skuad TRW akan diturunkan pada kejohanan tiga penjuru antara kelab terkemuka Asia Tenggara itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pada kejohanan sulung itu, Malaysia diwakili oleh Kelantan, Indonesia oleh kelab Persija Jakarta dan kelab Ratchaburi mewakili Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#Brazil
#Bruno Lopes
#Ferdinand Sinaga
#import
#Indonesia
#KAFA
#Liga Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Persija Jakarta
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan