KUALA LUMPUR: Pasukan berbasikal Malaysia yang merupakan satu-satunya skuad kebangsaan beraksi dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 pada 11 hingga 18 Okt ini, tidak mahu sekadar menjadi peserta sebaliknya bertekad membuat impak dalam perlumbaan berprestij itu.
Ketua jurulatihnya Mohd Yusof Nasir berkata kehadiran sejumlah besar pasukan Jelajah Dunia dan Pro Continental merupakan peluang terbaik untuk mereka merasai aksi saingan peringkat tertinggi.
Beliau berkata ia juga kesempatan bagi pelumba Malaysia membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka bersaing dengan pelumba profesional sekali gus meletakkan sasaran untuk berada di podium dalam mana-mana peringkat saingan.
"Saya yakin mereka yang terpilih untuk berlumba dalam jelajah tahun ini telah membuat persediaan rapi, tetapi mereka hanya berpeluang bersaing dalam perlumbaan peringkat tempatan sahaja. Tumpuan sekarang untuk memastikan kecergasan dan ketahanan mereka menjelang hari perlumbaan.
"Harapan saya agar pelumba kita dapat memberi impak lebih bermakna dan sentiasa agresif untuk memisahkan diri daripada kelompok pelumba. Saya tidak mahu mereka beranggapan penyertaan dalam perlumbaan ini sekadar untuk mengisi angka sahaja," katanya menerusi kenyataan.
Skuad kebangsaan hanya bertanding dalam dua perlumbaan antarabangsa tahun ini iaitu Jelajah Thailand pada April dan Sukan SEA di Vietnam pada Mei.
Mohd Yusof berkata enam pelumba terpilih dan dua pelumba simpanan telah mengikuti latihan di bawah penolong jurulatih Amir Mustapha.
Kesemua pelumba yang kini sedang menjalani latihan adalah Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Sofian Nabil Omar Bakri, saudara kembar Muhammad Ameer dan Muhammad Ameen Ahmad Kamal, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil dan pelumba termuda Kee Zha Yie, manakala Ariff Danial Noor Roseibi dan Norhasmat Abdul Aziz sebagai pelumba simpanan.
LTdL 2002 sejauh 1,096.9 kilometer itu, bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur, diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub), Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands), Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya), Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim), Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar), Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 Loop Langkawi.
Edisi ke-26 itu menjanjikan saingan sengit dengan penyertaan enam pasukan Jelajah Dunia - UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
LTdL 2002 sejauh 1,096.9 kilometer itu, bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.