Pemain tengah kelab Sepanyol Real Madrid dari Croatia, Luka Modric diumumkan Pemain Terbaik Kesatuan Bola Sepak Dunia ,(FIFA) 2018.

Majlis berlangsung di London pada Isnin.

Antara pencapaian hebat Modric adalah membantu pasukannya muncul juara Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah selain membantu Croatia mara ke perlawanan akhir pada aksi Piala Dunia Rusia yang lalu.

Croatia bagaimanapun tewas di tangan Perancis.

Selain Modric, turut tercalon adalah pemain Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah dan pemenang tahun lepas, Cristiano Ronaldo dari Portugal yang juga rakan sepasukan Modric.

Gelaran Pemain Terbaik Wanita pula dirangkul oleh pemain Brazil, Marta.