ROMELU LUKAKU, sewaktu memperkenalkan seragam baru Inter Milan, mengakui bahawa keputusannya meninggalkan kelab itu untuk kembali ke Chelsea merupakan satu kesilapan.
Lukaku, 29, melalui tempoh yang hebat sewaktu di Inter selepas menyertainya daripada Manchester United menjelang musim 2019-20, di mana dia menjaringkan 64 gol daripada 95 penampilan sepanjang dua musim.
Kecemerlangannya di Itali menarik minat bekas kelabnya di Stamford Bridge, yang kemudian bersetuju untuk membawanya kembali dengan rekod perpindahan termahal bernilai £97.5 juta (RM512.94 juta).
Kepulangan pemain kebangsaan Belgium itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL), bagaimanapun, mengecewakan di mana dia bergelut untuk mengisi kesebelasan utama Chelsea dan hanya dapat menjaringkan lapan gol daripada 26 perlawanan liga.
Dia kemudian kembali ke pangkuan Inter secara pinjaman dengan pembiayaan bernilai £7 juta (RM36.83 juta).
Sewaktu pengenalan jersi terbaharu Inter, Lukaku ditanya apakah cabaran terbesar sepanjang kariernya dan dia menjelaskan bahawa cabaran itu merupakan tempoh keduanya bersama Chelsea.
"Yang sedang saya lalui ketika ini. Anda tahu, keputusan saya meninggalkan pasukan ini merupakan satu kesilapan," jawabnya.
"Apa yang kami lakukan dalam bilik persalinan dan di atas padang, hubungan yang kami ada sesama sendiri, ia amat penting... ia juga penting untuk orang melihat kami sebagai sebuah pasukan yang amat bersatu.
"Inter telah memberikan peluang untuk saya bermain di tahap tertinggi dalam karier saya. Saya benar-benar gembira menyarung jersi ini.
"Kami berharap akan dapat berkembang seperti tahun-tahun lalu. Kami perlu terus seperti ini untuk mencapai sasaran kami," katanya lagi.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Fri Jul 15 2022
Kepulangan pemain kebangsaan Belgium itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL), bagaimanapun, mengecewakan di mana dia bergelut untuk mengisi kesebelasan utama Chelsea. - Stadium Astro
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lukaku anggap kepulangan ke Chelsea satu kesilapan
Lukaku bergelut untuk mengisi kesebelasan utama Chelsea dan hanya dapat menjaringkan lapan gol daripada 26 perlawanan liga.
Bahaya apabila Lukaku berdendam...
Kontroversi yang melanda Romelu Lukaku bermula pada awal tahun ini susulan satu sesi temu bual bersama stesen televisyen Itali, Sky Italia.
Lingard bantu United ketepikan Chelsea di Old Trafford
The Red Devils bermula perlahan selepas Willian memberikan Chelsea kelebihan satu goal pada minit ke-32 perlawanan.