awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Hakim cetak gol 'rasmi' pertama, julang KV Kortrijk

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/10/2020
02:30 MYT
Luqman Hakim cetak gol 'rasmi' pertama, julang KV Kortrijk
Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent. - Foto/Facebook/luqmanhakim9fans
KUALA LUMPUR:Bintang bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, mencetak gol 'rasmi' pertamanya bersama pasukan bawah 21 tahun.
Gol tunggal yang dijaringkan Luqman melalui tandukan itu membawa kemenangan kepada pasukan tersebut ketika bertemu lawan, KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Liga Belgium B-21.
Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent.
"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, walaupun gol biasa-biasa, berkat doa anda semua.
"Gol pertama saya untuk perlawanan rasmi pertama tahun 2020," tulis pemain kelahiran Kelantan itu di Twitter.
Alhamdulillah terima kasih ya allah , walaupun gol biasa biasa , berkat doa anda semua This is my 1st goal for my 1st official game in 2020 pic.twitter.com/Qm4L633AJY
— luqmansham10 (@luqmansham10) October 13, 2020
BACA: Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21
BACA: Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk
Di ruangan komen, peminat berkongsi rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada Luqman atas jaringan gol yang menarik itu.
"Ini bukan gol biasa, yang disebabkan kesilapan lawan. Gol ini terhasil sebab anda guna IQ, pandai cari ruang dan bijak menewaskan pemain yang jauh lebih tinggi," tulis pengguna Twitter, Naqiuddin Ismail.
"Bukan biasa-biasa gol tu. Luar biasa sebab gol tandukan daripada pemain yang bersaiz kecil," tulis seorang lagi peminat.
Luqman, 18 tahun, berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan.
Topic Berkaitan
#Luqman Hakim
#Belgium
#perlawanan
#Liga Belgium
#bola sepak
#KV Kortrijk
#sukan
#Luqman Hakim Shamsudin
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan