awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan

Astro Arena
Astro Arena
22/10/2024
03:10 MYT
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Akibat kecederaan yang dialami pada separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100, Sabtu lalu, Ng Qi Xuan (gambar) perlu menjalani pembedahan yang menelan belanja RM25,000 hingga RM30,000. - Foto Astro ARENA
PEMAIN beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, yang berdepan kecederaan ngeri terkehel lutut dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 pada Sabtu lalu, memohon bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan.
Qi Xuan bersama gandingannya, Yap Rui Chen, sudah terlalu hampir untuk melayakkan diri ke final kejohanan itu sebelum kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Pemain berusia 24 tahun itu, dalam satu perkongsian laman sosial, memaklumkan dia mengalami koyak ACL, MCL, PCL selain cedera LCL dan sedikit keretakan tulang dan perlu menjalani pembedahan yang menelan belanja RM25,000 hingga RM30,000.
Tambahnya, ibu dan bapanya merupakan pesara dan dia juga tidak boleh menjana pendapatan dengan melatih pelajarnya disebabkan kecederaan berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by 지센 Ng Qi Xuan (@qixuan99)
Topic Berkaitan
#Ng Qi Xuan
#bantuan kewangan
#Pembedahan
#kecederaan lutut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan