awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LWN 2025: Rekod tanpa kalah Sabah FA lebur, Selangor FC raih naib juara

Bernama
Bernama
28/12/2025
21:30 MYT
LWN 2025: Rekod tanpa kalah Sabah FA lebur, Selangor FC raih naib juara
Aksi pemain Selangor FC Ukpong Eshter Sunday (dua, kiri) mengawal bola dari dirampas pemain Sabah FA Siti Nurfaizah Saidin (kanan) pada perlawanan akhir Liga Wanita Nasional 2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat Sabah FA untuk menamatkan kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 tanpa kalah tidak kesampaian selepas tewas tipis kepada Selangor FC 0-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.
Sabah yang telah pun mengesahkan kejuaraan saingan bola sepak wanita tempatan itu, ketinggalan pada minit ke-19 apabila ketua pasukan Selangor Nur Ainsyah Murad melepaskan rembatan deras untuk meletakkan pasukan lawan di depan.
Sabah berpeluang menyamakan jaringan namun sepakan percuma ketua pasukan Win Theingi Tun hinggap di palang Selangor pada minit ke-34 dan kedudukan tersebut kekal hingga babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, Selangor hampir menambah jaringan namun sepakan percuma pemain tengah Jang Bojeong tersasar di sebelah kiri gawang Sabah pada minit ke-50.
Peluang terbaik Sabah pada separuh masa kedua hadir di penghujung perlawanan namun percubaan dari sebelah kanan oleh pemain tengah Haindee Mosroh ditepis keluar penjaga gol Selangor Daiyana Wardina Mohd Rosdi pada minit ke-88.
Keputusan tersebut menyaksikan rekod tanpa kalah mereka akhirnya lebur pada perlawanan terakhir musim ini dan menoktahkan kempen kali ini dengan 37 mata selepas 14 perlawanan.
Selangor pula mengesahkan status selaku naib juara LWN 2025 dengan mengumpul 34 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Wanita Nasional
#Sabah FA
#Selangor FC
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan