awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Australia dengar rayuan Djokovic

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2022
23:55 MYT
Mahkamah Australia dengar rayuan Djokovic
Djokovic ditahan di hotel pusat tahanan di Melbourne sejak tiba di Australia 6 Januari lepas, ketika kali pertama visanya dibatalkan. - Foto fail/REUTERS
MELBOURNE: Mahkamah Persekutuan Australia hari ini mendengar rayuan bintang tenis, Novak Djokovic berhubung pembatalan visanya minggu lepas oleh pihak berkuasa negara itu.
Tiga hakim mendengar rayuan berkenaan dengan mahkamah mula bersidang 9.30 pagi waktu tempatan atau 6.30 pagi waktu Malaysia.
Antara lain, hakim akan memutuskan sama ada tindakan Menteri Imigresen Alex Hawke berasas semasa membatalkan visa itu di bawah Akta Migrasi Australia.
Visa bintang tenis Serbia itu dibatalkan dua kali bulan ini atas alasan kepentingan awam.
Dokumen mahkamah antara lain mendedahkan kehadiran pemain yang tidak divaksinasi boleh memberi gambaran tidak baik kepada Program Vaksinasi Australia.
BACA: Djokovic ancaman kepada umum - Menteri Imigresen Australia
Djokovic, yang tidak divaksin dan mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 sebanyak dua kali, disifatkan boleh memberi ancaman kepada orang awam.
Beliau ditahan di hotel pusat tahanan di Melbourne sejak tiba di negara itu 6 Januari lepas, ketika kali pertama visanya dibatalkan.
Jika hakim tidak berpihak kepadanya, Djokovic berdepan pengusiran dan dilarang memasuki Australia selama tiga tahun.
Jika sebaliknya, beliau akan beraksi dalam perlawanan pertama Terbuka Australia di Melbourne esok.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#mahkamah
#Visa
#Terbuka Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan