awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alami kekalahan kedua di liga hoki wanita dunia

Bernama
Bernama
23/06/2017
04:00 MYT
Malaysia alami kekalahan kedua di liga hoki wanita dunia
Malaysia akan berdepan tuan rumah, Belgium dalam aksi ketiga Kumpulan B pada Sabtu. - Gambar fail
Skuad hoki wanita negara terus gagal meraih mata apabila tewas 1-3 kepada Sepanyol dalam aksi kedua Kumpulan B pada kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Fallon di Brussels, Belgium pada lewat Khamis (pagi Jumaat di Malaysia).
Malaysia yang tumpas 0-3 kepada pasukan keempat terbaik dunia, Australia dalam perlawanan pembukaan, Rabu lepas, bermula garang seawal minit ketiga selepas ketua pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Tersentak dengan jaringan itu, Sepanyol bangkit dengan gerakan lebih mantap dan usaha mereka berhasil apabila Carola Salvatella menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-28 dan keputusan itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.
Keghairahan benteng pertahanan pasukan negara untuk menghalang gerakan Rocio Ybarra daripada menjaringkan gol membawa padah apabila pengadil menghadiahkan pukulan penalti kepada Sepanyol dan Lola Riera berjaya menyempurnakan pukulan tersebut pada minit ke-31.
Lola melengkapkan kemenangan pertama Sepanyol pada perlawanan tersebut apabila menjaringkan gol ketiga melalui pukulan sudut penalti, lima minit kemudian.
Malaysia akan berdepan tuan rumah, Belgium dalam aksi ketiga Kumpulan B pada Sabtu, manakala Sepanyol akan menentang Australia pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brussels
#hoki
#liga
#rumah
#sepanyol
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan