Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah kompleks olahraga tertutup bertaraf antarabangsa pertama di Asia Tenggara sebagai langkah menggandakan usaha membangunkan sukan olahraga di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata idea tersebut merupakan aspirasi terhadap kejayaan tiga atlet paralimpik olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.
Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar.
"Ia kini dalam peringkat terakhir untuk kita memuktamadkan skop pembangunan kompleks sukan tersebut. Pembangunan ini akan dibuat di atas tapak yang mempunyai balapan dan padang seluas 1 ekar lebih.
"Kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek larian, padang sintetik, gelanggang serbaguna dan juga beberapa kemudahan sukan lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.
Bagaimanapun Khairy berkata projek pembangunan tersebut masih dalam proses menanti kertas kerja daripada mana-mana pihak yang berminat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak
Perancangan Sarawak untuk membina lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya untuk jangka masa panjang.
Pembinaan Taman Tema Upin Ipin di peringkat rundingan akhir
Taman Tema Upin Ipin kini di peringkat rundingan akhir antara syarikat perfileman animasi popular Les' Copaque Production Sdn Bhd dan MCorp.
Presiden Xi seru tingkatkan perpaduan demi kerjasama lebih baik di Asia Pasifik
Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.
Malaysia bakal mempunyai kompleks olahraga tertutup pertama di Asia Tenggara
Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar.