awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bangkit tewaskan Pakistan 3-2

Bernama
Bernama
18/10/2017
16:26 MYT
Malaysia bangkit tewaskan Pakistan 3-2
Skuad negara di bawah bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-10. - Gambar fail
Malaysia memiliki peluang cerah untuk mara ke pentas akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 apabila menewaskan Pakistan 3-2 dalam perlawanan peringkat 'Super Four', di Dhaka, Bangladesh pada Rabu.
Pada perlawanan yang berlangsung sengit dan tegang itu, Pakistan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama perlawanan menerusi Umar Bhutta.
Namun, skuad negara di bawah bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-10.
Pasukan yang berada di ranking ke-14 dunia itu, sekali lagi berada di hadapan selepas Muhammad Yaqoob menewaskan penjaga gawang negara, S. Kumar pada minit ke-19 sebelum Shahril Saabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25.
Skuad 'Malaysian Tiger' yang berada di ranking ke-12 dunia, kemudian dihadiahkan pukulan penalti ekoran tindakan penjaga gol Pakistan, Mazhar Abbas mengasari Haziq Samsul.
Fitri Saari yang kembali ke Dhaka pada Selasa, selepas pulang ke tanah air ekoran anaknya dirawat di Hospital Selayang, mengesahkan kemenangan skuad negara selepas menyempurnakan pukulan itu pada minit ke-34.
Malaysia akan berdepan India yang kini berada di ranking keenam dunia, pada perlawanan Khamis.
Pada satu lagi perlawanan peringkat 'Super Four' pada Rabu, Korea Selatan mengikat India 1-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Dhaka
#hoki
#Kejohanan Hoki Piala Asia
#Malaysia
#Pakistan
#S Kumar
#stephen van huizen
#Super Four
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan