awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
Hakim persekutuan kekang tindakan ICE terhadap penunjuk perasaan aman di Minnesota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia juara keseluruhan Dodgeball Asia 2025

Bernama
Bernama
23/11/2025
12:53 MYT
Malaysia juara keseluruhan Dodgeball Asia 2025
Pasukan Dodgeball Malaysia bergambar bersama piala kejayaan mereka pada Kejohanan Dodgeball Asia 2025 di KOMBES Selangor, Seksyen 21, Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pasukan dodgeball negara muncul juara keseluruhan Kejohanan Dodgeball Asia 2025 selepas mengutip tiga emas, dua perak dan satu gangsa, di Kompleks Belia dan Sukan Selangor di sini.
Dalam 'foam ball', Malaysia merangkul dua emas masing-masing menerusi pasukan wanita dan campuran manakala pasukan lelaki terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas kepada Hong Kong.
Sementara itu, bagi 'fabric ball' pasukan campuran negara berjaya merebut emas dari Jepun manakala pasukan wanita dan lelaki masing-masing meraih perak dan gangsa.
Kejohanan yang bermula Khamis lepas turut disertai Australia, Brunei, China, Taiwan, Arab Saudi, Singapura, Nepal dan India.
Ketua jurulatih dodgeball kebangsaan Kent Lau ketika ditemui menyifatkan prestasi pasukan negara pada kejohanan itu sebagai memuaskan namun optimistik mereka boleh mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.
"Kejohanan akan datang ialah Kejohanan Dodgeball Dunia 2026 yang saya percaya akan diadakan di Arab Saudi, kami akan cuba dan dapatkan emas di sana untuk enam kategori tersebut (foam ball lelaki/wanita/campuran dan fabric ball lelaki/wanita/campuran)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan dodgeball negara
#Dodgeball Asia 2025
#juara keseluruhan
#emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan