awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal ranking ke-168

Astro Arena
Astro Arena
04/09/2015
04:15 MYT
Malaysia kekal ranking ke-168
Kedudukan ranking bulanan FIFA itu melibatkan 209 negara. - Gambar Astro ARENA
Malaysia mengekalkan kedudukan ke-168 dalam ranking bola sepak dunia untuk tiga bulan berturut-turut.
Berdasarkan kedudukan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi bulan September hari ini, Malaysia masih mengekalkan kedudukan ke-168 dunia yang merupakan kedudukan sama bagi bulan Julai dan Ogos.
Malaysia sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada Januari dan Februari; 153 (Mac); 164 (April); 166 (Mei) dan kedudukan ke-162 dunia pada bulan Jun.
Kedudukan terbaru itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh berada dalam kelompok bersama Grenada (160), Liberia (161), Bhutan (164) dan Surinam yang berada pada kedudukan ke-165 dunia.
Sementara itu, naib juara Copa America 2015, Argentina mengekalkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia selepas mengumpul 1,442 mata.
Belgium dan Jerman turut mengekalkan kedudukan mereka selaku pasukan di tangga kedua dan ketiga dunia selepas masing-masing mengumpul 1,269 mata dan 1,248 mata.
Kedudukan ranking bulanan FIFA itu melibatkan 209 negara.
Topic Berkaitan
#Copa America
#Dollah Salleh
#FIFA
#Malaysia
#Persekutuan Bola Sepak Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan