awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mampu raih pingat di ATF 2025 - Shahidan

Bernama
Bernama
23/05/2025
21:00 MYT
Malaysia mampu raih pingat di ATF 2025 - Shahidan
Shahidan percaya atlet negara tidak akan pulang dengan tangan kosong berdasarkan pencapaian sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia optimis tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila turun beraksi pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF) 2025 yang akan berlangsung di Gumi, Korea Selatan, dari 27 hingga 31 Mei ini.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa atlet yang menyertai kejohanan berkenaan, termasuk beberapa nama yang pernah mencipta kejayaan di peringkat Asia.
Menurut beliau, kontinjen negara kali ini turut dibarisi atlet yang pernah menaiki podium pada edisi lalu, antaranya jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin.
"Saya percaya kita tidak akan pulang dengan tangan kosong. Jika dilihat pencapaian sebelum ini, beberapa atlet kita telah meraih pingat, termasuk Irfan yang pernah menyumbang pingat gangsa.
"Justeru, kita berharap semua atlet akan memberikan aksi terbaik demi mengharumkan nama negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan kebangsaan, di sini, pada Jumaat.
Seramai 29 atlet negara, terdiri daripada 18 lelaki dan 11 wanita, akan menyertai kejohanan berprestij itu yang menghimpunkan jaguh olahraga dari seluruh benua Asia.
Untuk rekod, pada edisi terdahulu, satu-satunya pingat negara diraih menerusi Muhammad Irfan dalam acara lempar cakera selepas melakukan lontaran sejauh 59.63 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Olahraga Asia
#Korea Selatan
#ATF 2025
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan