KUALA LUMPUR:Skuad badminton Malaysia mempamerkan prestasi cemerlang selepas empat daripada enam wakil negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok, pada Selasa.
Kejohanan berkenaan adalah pertandingan antarabangsa pertama untuk mereka selepas kali terakhir beraksi pada Kejohanan Badminton Seluruh England 2020, Mac tahun lepas sebelum Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil keputusan membatalkan sejumlah besar kejohanan selepas itu berikutan penularan pandemik COVID-19.
Menurut laman web rasmi BWF, www.bwfbadminton.com, dalam aksi pembukaan yang berlangsung di Impact Arena semalam, gandingan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengalahkan Adnan Maulana dan Mychelle Chrystine Bandaso dari Indonesia, 22-20 dan 21-18.
Sementara pasangan pemain Malaysia yang lain, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan pasangan Ronan Labar dan Anne Tran dari Perancis dengan 21-16, 14-21 dan 21-17.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See selepas dikalahkan pasangan tuan rumah yang merupakan pilihan utama, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai dengan 21-18, 16-21 dan 15-21.
Bekas pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tampil cemerlang dengan mengalahkan rakan senegara dan juga pilihan kelapan kejohanan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dengan 21-7 dan 21-19.
Sementara pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona menerima 'bye' pada pusingan pembukaan selepas lawannya, Saina Nehwal dari India terpaksa menarik diri dari kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM4.057 juta) kerana diuji positif COVID-19.
Kisona, pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, akan menentang Busanan Ongbamrungphan pada pusingan kedua esok selepas pemain tuan rumah itu mengalahkan Sabrina Jacquet dari Hong Kong, 21-16 dan 21-17 pada perlawanan pembukaan pada Selasa.
Selepas kejohanan itu, skuad badminton kebangsaan akan meneruskan saingan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Toyota yang dijadual pada 19-24 Jan.
Keputusan pusingan pertama:
(Nota: Pemain Malaysia selain dinyatakan dan [ ] pemain pilihan)
Beregu Lelaki:
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mn Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol (KOR) 21-16, 19-21, 21-11;
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn [8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-7, 21-19
Beregu Campuran:
[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Hoo Pang Ron-Cheah Yee Lihat 18-21, 21-16, 21-15;
[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Adnan Maulana-Mychelle Chrystine Bandaso (INA) 22-20, 21-18;
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn Ronan Labar-Anne Tran (FRA) 21-16, 14-21, 21-17.
Perseorangan Wanita:
S.Kisona lwn Saina Nehwal (IND)
(Kisona mara ke pusingan kedua selepas Saina diuji positif COVID-19 menarik diri)
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021
Gandingan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengalahkan Adnan Maulana dan Mychelle Chrystine Bandaso dari Indonesia, 22-20 dan 21-18. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.