SUKAN
Malaysia pamer aksi meyakinkan pada pembukaan acara perseorangan

Ho Ying ketika menentang pemain dari Singapura dalam acara ping pong berkumpulan wanita akhir sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre, 1 Ogos lalu. - Gambar fail BERNAMA
BIRMINGHAM: Semua pemain ping pong negara mempamerkan persembahan dominan pada hari pertama acara perseorangan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, pada Rabu.
Pemain wanita, Ho Ying, yang satu-satu wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.
Ho Ying membuka kempen dengan mengalahkan pemain Scotland, Lucy Elliott, 11-5, 11-8, 11-8, 11-8 diikuti pemain Vanuatu, Tracey Mawa, 11-5, 11-0, 11-3, 11-1 sebelum melengkap jadual hari pertama dengan bangkit sebelum mengatasi pemain Fiji, Grace Rossi, 9-11, 11-4, 11-2, 11-0, 11-4.
Rakan sepasukan Ying, Karen Lyne dan Tee Ai Xin turut mencapai dua kemenangan masing-masing dalam saingan Kumpulan4 dan 5.Lyne menewaskan pemain Scotland, Rebecca Plaistow, 9-11, 11-4, 11-6, 11-8, 11-4 dan Cynthia Gwabi dari Ghana, 11-7, 11-7, 11-5, 11-3 manakala Ai Xin mengalahkan pemain Uganda, Judith Nangonzi, 11-4, 11-4, 11-5, 11-6 sebelum berhempas pulas menewaskan pemain tuan rumah, England, Marua Tsaptsinos, 2-10, 11-7, 8-11, 11-7, 8-11, 6-11, 11-4.
Dalam acara perseorangan lelaki, Wong Qi Shen mencatatkan dua kemenangan dalam Kumpulan 5 terhadap Geoffrey Loi dari Papua New Guinea, 11-2, 11-1, 11-4, 11-3 dan pemain Barbados, Tyrese Knight,13-11, 11-5, 11-7, 11-5
Dalam Kumpulan 13, Choong Javen mengalahkan pemain Ghana, Emmanuel Asante, 11-5, 11-6, 11-5, 11-4 dan pemain Fiji, Jai Chauhan, 11-6, 11-1, 11-2, 11-4 manakala Kumpulan 10 menyaksikan Leong Chee Feng menumpaskan pemain St Lucia, De Andre Calderon, 11-4, 11-9, 11-2, 11-5.
Chee Feng kemudian meneruskan momentum dengan mengalahkan pemain Jamaica , Kane Watson, 11-3, 11-8, 11-6, 11-9.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami