awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih gangsa hari pertama kejohanan menembak universiti dunia

Bernama
Bernama
09/10/2014
23:15 MYT
Malaysia raih gangsa hari pertama kejohanan menembak universiti dunia
Gandingan Eddy Chew, Jonathan Wong dan Jasmi Muhammad Zin meraih pingat gangsa dalam acara 50m pistol berpasukan lelaki dengan kutipan 1,610 mata
Trio penembak lelaki negara meraih pingat gangsa pada Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC) Kelima yang membuka tirai di Al-Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Khamis.
Gandingan Eddy Chew, Jonathan Wong dan Jasmi Muhammad Zin meraih pingat berkenaan dalam acara 50m pistol berpasukan lelaki dengan kutipan 1,610 mata pada kejohanan yang berlangsung di Al Ain Equestrian, Shooting and Golf Club itu.
Poland dan Romania meraih pingat emas dan perak selepas trio masing-masing melakukan bidikan berjumlah 1,620 mata dan 1,612 mata.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Ahmad Anuar Adnan.
Pengurus pasukan menembak negara, Prof Dr Mohd Fadzil Che Din yang juga Pengerusi Pusat Kecemerlangan Sukan Menembak Sektor Pengajian Tinggi nyata gembira dengan pencapaian anak buahnya bersaing dengan gergasi dalam sukan menembak dari benua Eropah itu.
"Semangat juang ahli pasukan menembak negara sangat tinggi.
"Mereka mempunyai motivasi luar biasa walaupun tidak diletakkan sebagai pilihan dengan berdepan beberapa kuasa menembak dari negara blok timur seperti Romania, Poland, Slovakia, Republik Czech dan Slovenia," kata Dr Mohd Fadzil kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
Buruan pingat kontinjen negara akan diteruskan pada Jumaat menerusi acara 25m Rapid Fire Pistol Lelaki, 50m Rifle Prone Lelaki dan Wanita serta 10m Air Pistol Lelaki dan Wanita.
Kejohanan berkenaan yang berlangsung mulai hari ini sehingga 12 Okt disertai hampir 450 penembak daripada 50 negara.
Topic Berkaitan
#Al Ain Equestrian
#Eddy Chew
#Jasmi Muhammad Zin
#Jonathan Wong
#Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan