awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih kedudukan 1-2 Kejohanan Boling Komanwel di Johannesburg

Bernama
Bernama
22/11/2016
03:18 MYT
Malaysia raih kedudukan 1-2 Kejohanan Boling Komanwel di Johannesburg
Muhammad Nur Aiman raih kedudukan pertama dalam Kejohanan Tenpin Boling Komanwel Ketujuh di Johannesburg. - Gambar fail
Pemain elit boling negara, Muhammad Nur Aiman Khairuddin dan Timmy Tan meraih kedudukan pertama dan kedua dalam Kejohanan Tenpin Boling Komanwel Ketujuh di Johannesburg, Afrika Selatan hari ini.
Acara perseorangan lelaki di kejohanan yang berlangsung di Northcliff Bowl itu menyaksikan Muhammad Nur Aiman melakukan 1,448 jatuhan pin manakala Timmy pula ketinggalan 92 pin untuk berpuas hati di tempat kedua.
Tempat ketiga dimenangi pemain dari India, Akash Kumar dengan 1,315 jatuhan pin.
Bagi kategori wanita yang masih berlangsung, Malaysia diwakili pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
Sebanyak 11 negara anggota Komanwel mengambil bahagian dengan setiap negara menghantar empat pemain, masing-masing dua wakil dalam kategori lelaki dan wanita.
Acara yang dipertandingkan ialah perseorangan (lelaki dan wanita), beregu (lelaki dan wanita), beregu campuran dan berpasukan campuran manakala 12 pemain terbaik dalam acara All Events mara ke peringkat Masters.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet Malaysia
#boling
#Johannesburg
#kejohanan boling komanwel
#Muhammad Nur Aiman Khairuddin
#timmy tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan