awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sah ke Piala Asia Futsal 2026 meskipun tewas 0-4 kepada Iran

Bernama
Bernama
24/09/2025
15:50 MYT
Malaysia sah ke Piala Asia Futsal 2026 meskipun tewas 0-4 kepada Iran
Malaysia sah menempah slot ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia meskipun tewas 0-4 kepada juara 13 kali Piala Asia Futsal, Iran, dalam aksi terakhir Kumpulan G kempen kelayakan di Stadium Tertutup SUKPA hari ini. - Foto Facebook FAM
KUANTAN: Malaysia sah menempah slot ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia meskipun tewas 0-4 kepada juara 13 kali Piala Asia Futsal, Iran, dalam aksi terakhir Kumpulan G kempen kelayakan di Stadium Tertutup SUKPA, di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Malaysia sah layak ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta walaupun tewas 0-4 kepada Iran.
  • Skuad kendalian Rakphol Sainetngam mara selaku naib juara Kumpulan G selepas menewaskan UAE dan Bangladesh.
  • Lapan juara kumpulan, tujuh naib juara terbaik dan tuan rumah Indonesia akan beraksi di kejohanan Januari depan.

Iran membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Mehdi Mehdikhani sebelum Hossein Derakhshani menggandakan kedudukan pada minit ke-12.
Bersambung babak kedua, kapten pasukan Hossein Tayyebi menambah gol ketiga pasukan nombor satu Asia itu pada minit ke-33 manakala Ali Khalilvand melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan keempat pada minit ke-36.
Meskipun tewas, skuad kendalian Rakphol Sainetngam mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang lawan sepanjang perlawanan.
Iran muncul juara Kumpulan G, manakala Malaysia mengiringi mereka selaku naib juara kumpulan.
Skuad negara sebelum ini mencatat kemenangan 1-0 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan, sebelum menewaskan Bangladesh 7-1 pada perlawanan kedua.
Secara keseluruhan, lapan juara kumpulan dan tujuh naib juara terbaik daripada pusingan kelayakan akan menyertai tuan rumah Indonesia pada edisi ke-18 Piala Asia Futsal yang berlangsung pada Januari tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Piala Asia Futsal 2026
#Jakarta
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami