awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia

Bernama
Bernama
01/12/2017
15:47 MYT
Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia
Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (gambar) bersama Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio. - BERNAMA/Fail
Pemain-pemain Malaysia terus menampilkan persembahan yang hambar selepas gagal layak ke separuh akhir dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat, lewat Khamis.
Dalam kategori wanita, trio Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio, dengan catatan 3,661 jatuhan pin dalam enam perlawanan pada pusingan kelayakan, menurut laman sesawang kejohanan www.2017wc.worldbowling.org.
Trio Malaysia yang lain terdiri daripada Sin Li Jane, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli berada di tempat ke-14 dengan melakukan 3,593 jatuhan pin pada kejohanan empat tahun sekali itu yang berlangsung di South Point Bowling Plaza.
Dalam kategori lelaki, dua trio Malaysia - Adrian Ang, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Mohd Fishol serta Alex Liew, Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Muhammad Rafiq Ismail, masing-masing menduduki tempat ke-14 dan ke-17, daripada 72 trio selepas melakukan 3,641 jatuhan pin dan 3,620 jatuhan pin dalam enam perlawanan.
Hanya empat pasangan teratas dalam kedua-dua kategori aan melangkah ke separuh akhir.
Untuk rekod, Malaysia hanya berjaya meraih pingat perak dalam dalam acara beregu wanita menerusi Shalin dan Sin Li Jane pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Esther Cheah
#Kejohanan Boling Dunia
#Natasha Roslan
#shalin zulkifli
#Sin Li Jane
#Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman
#Syaidatul Afifah Badrul Hamidi
#World Bowling Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan