Malaysia memulakan saingan hoki wanita dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan bergaya 8-0 ke atas Hong Kong dalam aksi Kumpulan A di Padang Hoki Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Bagaimanapun, skuad kendalian ketua jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah itu dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bertahan pasukan lawan apabila hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam dua suku pertama permainan.
Gol pertama negara dijaringkan menerusi pukulan penalti oleh Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-13 diikuti jaringan padang Nuramirah Shakirah Zulkifli (minit ke-16).
Memasuki suku ketiga permainan, pasukan negara akhirnya berjaya menemui rentak sebelum meledak dua gol dalam masa dua minit masing-masing menerusi jaringan padang Hanis Nadiah Onn pada minit ke-31 dan Nuramirah Shakirah (minit ke-33) untuk menjadikan kedudukan 4-0.
Malaysia terus melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan Hong Kong dan hasilnya skuad negara dihadiahkan pukulan penalti yang disempurnakan Nuraini pada minit ke-44 sebelum Fazilla Sylverster Silin melebarkan jurang kedudukan dengan menyumbat gol keenam pada minit ke-49.
Dua gol terakhir pasukan negara dijaringkan oleh Nuraini menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 sekali gus merupakan hatrik pertamanya di temasya ini sebelum jaringan padang oleh Norazlin Sumantri melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara.
Kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhaini menyifatkan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk menghadapi baki aksi kumpulan dalam usaha melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
"Memang pada permulaan kami agak perlahan kerana Hong Kong bermain dengan baik selain mempunyai barisan pemainnya yang berkualiti terutama di bahagian tengah.
"Tetapi atas usaha keras dan arahan yang diberikan jurulatih (Dharma) kami berjaya mengatasi taktikal mereka dan kemenangan ini memang sesuatu yang diperlukan pasukan. Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kesilapan dan mempamerkan aksi terbaik," katanya ketika ditemui media Malaysia selepas tamat perlawanan.
Malaysia akan bertemu China yang merupakan pemenang pingat perak edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan, pada Khamis diikuti aksi ketiga berdepan Taiwan (Sabtu) dan melengkapkan pusingan kumpulan menentang Jepun pada Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018
Pemain hoki negara, Kirandeep Kaur (tengah) ketika mengasak pertahanan Hong Kong dalam perlawanan hoki wanita Malaysia menentang Hong Kong pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, 19 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.