awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City tidak gopoh atasi Brentford

Astro Arena
Astro Arena
10/02/2022
01:59 MYT
Manchester City tidak gopoh atasi Brentford
Riyad Mahrez (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Brentford di City of Manchester Stadium, Manchester, England, 9 Feb 2022. (Foto AP)
MAN CITY 2 BRENTFORD 0
Pep Guardiola memuji kesabaran yang ditunjukkan oleh Manchester City dalam kemenangan 2-0 ke atas Brentford, awal pagi tadi.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melebarkan kelebihan di puncak dengan 12 mata hasil jaringan Riyad Mahrez dan Kevin De Bruyne di Stadium Etihad.
Bagaimanapun, anak buahnya perlu bekerja keras untuk kemenangan ke-10 berturut-turut di tempat sendiri itu.
Malah, mereka mendapati sukar untuk mencerobohi pintu gol Brentford walaupun menikmati lebih tiga perempat penguasaan dan mencatat 15 percubaan.
Namun, Guardiola gembira dengan ketabahan pemainnya yang menjadikan kutipan mata mereka untuk kempen itu kepada 60 mata dengan berbaki 14 perlawanan.
"Cukup sukar mengatur serangan menentang (Brentford) yang agresif dan beri tekanan tinggi. Kami membina serangan; mereka turun dan bertahan begitu dalam," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
“Kami terpaksa bersabar, tidak melakukan kesilapan dan akhirnya kami mendapat keputusan.
"Saya amat berpuas hati dengan persembahan kami. Kami mengatur dua percubaan tepat, beberapa sepakan sudut dan bersabar. Ia situasi sukar apabila pihak lawan bertahan dengan 10 pemain di dalam kotak 18 ela mereka.
"Untuk mengumpul 60 mata di peringkat ini adalah mengagumkan -- kami telah melakukan dengan sangat baik setakat ini."
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Brentford
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan