awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu

Bernama
Bernama
01/11/2024
16:22 MYT
Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Ruben Amorim akan memimpin pasukan bermula 11 Nov dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027. - Gambar Reuters
ANKARA: Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Jurulatih berusia 39 tahun itu akan memimpin pasukan bermula 11 Nov dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027, menurut kenyataan itu.
Ruud van Nistelrooy akan meneruskan tugasnya sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Amorim.
Manchester United memecat pengurus dari Belanda, Erik ten Hag, pada Isnin selepas kekalahan terbaharu mereka hujung minggu lepas. Dilantik pada April 2022, Ten Hag membawa Manchester United meraih dua trofi domestik iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.
Ketua Jurulatih Sporting Lisbon Ruben Amorim yang pernah menjalani latihan selama seminggu di Manchester United semasa era Jose Mourinho antara 2016 dan 2018, memenangi dua gelaran liga Portugal bersama Sporting Lisbon pada musim 2020-2021 dan 2023-2024, selepas setahun bersama Braga, satu lagi kelab Portugal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#Ruben Amorim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan